Bermulanya sebuah pengembaraan seorang anak kampung….
First of all I would like to say BIG THANK YOU for those who kindly drop by to my Green Tea House, my WordPress, my little blog, my little world. Thank you. What I’m going to rant here is about something that I had experienced it for 3 days at University Malaya, Malaysia. I was selected to join this program.
So, malaysian mode on. I’m going to use full Malay language here (^__^)v *peace*
31th May of 2009. Day 1.

Kamilah Puteri UMNO, tak lah sangat... T_T
Gambar ini diambil di hadapan sekolah kami; tempat meunggu bas. Kami menggelarkan diri kami sebagai, Puteri UMNO. Hehe. Semua pakai baju kelas dengan tudung merah jambu, memang lah… sebiji macam puteri UMNO. Heh, cubalah cari, mana saya? Baiklah. Kami bertolak pada pukul 12 tengah hari, & kami agak bengang sedikit lah. Sebab dalam jadual, kami sepatutnya bertolak pada pukul 11 pagi, entah lah. Apa yang berlaku pada encik driver bas, kami pun tak tahu lah. Kami singgah sebentar di R&R Seremban untuk menunaikan solat Jamak Qasar bagi Zohor & Asar. Dan, sudah tentu kami kebulur, jadi…

Perut yang lapar harus diisi dahulu~
Kami melantak nasi ayam, sakan… Kami bertolak keluar dari R&R Seremban pada pukul 2.45 petang. Kami tiba di Universiti Malaya pada pukul lebih kurang 4.20 petang, kami melapor diri di Dewan Sri Tanjung, check-in, dan kami (puteri UMNO tadi) duduk di Kolej 9, Sri Cempaka. Hmm, bilik penginapan kami okey lah, walaupun ada yang tak puas hati sedikit, tapi, kami faham… tak payah lah cerita, nanti malu pula UM. Haizz, yang mengahirankan kami, sekolah-sekolah lain dapat sebilik untuk empat orang, tetapi, kenapa sekolah kami, sebilik lima orang? Haha, mula-mula mmg tak puas hati, tetapi, kami faham… ^_^
Okey, selepas itu kami diarahkan untuk berkumpul oleh abang-abang & kakak-kakak facilitator, tepat pada pukul 4.50 petang~ gila lah! Baru jer sampai pukul 4.20, tu ini itu ini dah 10 minit habis, kiranya, sekolah kami kot yang paling lewat sampai, hehe.. entahlah. Kami diberi sedikit taklimat untuk slot pada malam tu. Yea, makan sudah tentu dia bagi… kenyang abes, tak larat den nak melantak dinner… kenyang giler… tu yang aku tak makan dinner tu. Sorilah, abang & kakak facilitator sekalian… hehe… pakaian untuk slot malam nanti MESTI formal, berbaju kurung, berkasut bertutup, baju dimasukan ke dalam seluar, berbaju yang berkolar.
Yang menghairankan aku, ada jugak lebih kurang 30 orang peserta perempuan, tak bawak baju kurung! What the heck?! Pas tu abg faci- suruh cari juga baju kurung, & aku menjadi mangsa kpd situasi ni. Aku dah kunci dah pintu bilik masa tu, pas tu ada pula budak datang mintak baju kurung, aku dah teragak-agak nak bagi, sebab aku bawak 3 helai jer. Esk nak pakai, satu untuk pagi and satu untuk malam… entahlah, aku pun bagi jugak lah… tetapi aku tegur juga lah budak tu, jgn ulangi perangai ni lagi… buat masa tu “kebengangan” aku belum memuncak. Kawan-kawan aku suma ckp tak payah bagi kat dia baju kurung pun. Diaorg lagi bengang daripada aku namapaknya… hahaha

Tempat kami berkumpul selama 3 hari, pahit manis, semuanya, di sini, Dewan Sri Tanjung...
Kami turun semula ke Dewan Sri Tnajung yang jaraknya kurang dari 50 meter dari kolej Sri Cempaka, pada pukul 7.45 malam. Siapa lewat, didenda. Apa lagi, dok kat depan lah, tayang muka yang lawa tuh. Alhamdulillah, sekolah kami tak lah ramai sangat yang kena denda.. hehe. Then, kitaorg kena berjalan sejauh 2.8 km, dari kolej kediaman kami ke Dewan Tunku Canselor pada pukul 9 mlm. Bak kata abg faci- sorg tu, SUMPAH PENAT! Tapi, aku, SUMPAH BERPELUH!! Hahaha…
Sampai jer dalam DTC, aku “stunned”. Besar giler dewan tuh, agak2 nyer lah, tiga kali ganda besarnya daripada dewan sekolah kami. Pastu lawa giler dewan tuh, selesa, tak yah cakap lah. Kalo dah lawa, mesti lah best. Macam panggung teater pun ada. Ada seat tingkat dua…haa.. Best betul DTC.Tapi, aisehmen, maaflah kepada YB Ahmad bn Maslan (kalo salah tegur eh?) yang berjwatan Menteri di Jabatan Menteri yg dah tunggu kteorg selama 10 minit… maaflah. Kitaorg lambat.
Ceramah dia best. Tapi yang merosakkan suasana best tuh, budak “meng” dari KL. 3 org. Kecoh betul, org tgh bckp kat depan, dia sebok ckp kat belakang… dah tu kutuk-kutuk YB Ahmad lak tuh… siut jer. Bengang betul dok kat belakang diaorg. Bising cm ke hapa! Org nak dgr org bckp, bukannya kutukan dia YB Ahmad, kawan2 aku bley lg tahan lah ngan perangai diaorg, tapi aku dah sampai tahap, bengang. Apa lagi, aku sound lah diaorg: “Weyh, boleh tak korang diam? Bosan lah aku dengar”. Diaorg toleh, tgk muka sapa and saura sapa yang tengah bengang ngan diaorg tuh. Aku rasa mcm aku ckp ngan tunggul tahu tak? Ckp, MEMANTUL balik. Pastu, bising lagi. Aku pahat kan dalam hati yang; aku benci budak bandar. Sbb? Berlagak cm nak mati. *sori, sbb tgh bengang balik ni*. Yang Alhamdulillahnya, diaorg blah ke seat yang lain. Pergh, syukur-syukur…
Then, balik ke kolej… lepas taklimat daripada Encik Shadat, ketua facilitator, aku mmg respect lah org cm dia, dapat suruh budak seramai 1800 untuk senyap dalam kiraan 3. Pergh! Salute lah kat Encik Shadat! Jamuan ringan malam kat DTC, & yea, perkara membengangkan muncul lagi. Sepanjang balik, SAMPAH & BOTOL AIR KOSONG bersepah-sepah sepanjang perjalanan pulang! Eeeeeeeeeeeee! Geram seyh! Korang ingat Allah swt tak kira ke perbuatan korg ni kat akhirat esok? Sedangkan aku ni makan tak habis kat sana pun aku bersalah giler kat Allah swt, sampai tahap cam aku dah rompak org tahu tak? Siut betul. *Aku tgh geram ni*.
Pas tu pulak, balik-balik jer dari DTC, kteorg kene berkumpul kat Dewan Sri Tanjung, apa lagi, kene sound lah. Dah lah dgn penat, mengantuk, yang aku geram ngan budak tiga kacang hantu tu, kena gak terima sound tu. Aish, ni lah, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Adalah insiden yang meng—– tak yah ckp lah… abg2 & kakak2 faci- bengang ngan insiden ni… Aku? Ah, aku terima ni sebagai hukuman sebab aku tak kawal kemarahan aku kat budak 3 org kacang hantu tu masa kat DTC… Tak apa lah abg, saya terima nasihat abang, saya faham… ^_^.
Tapi, esok kene pakai baju kurung! O_O. Aku ada sehelai jer lagi?! Cmner ni?! Takkn lah aku nak pakai baju ni balik, yang dah kene peluh, baju lagi satu tu, nak pakai masa Rabbani datang. Baju lawa lak tuh. Pergh, menyesal gak sbb bg baju aku kat budak tu, tp, aku dah tahu dah pasal kene pakai baju formal utk esk, tapi aku sendiri pun tak tahu kenapa aku bg budak tu pakai baju aku. Aku dah ckp ngan kakak faci-, dia kata ok. Sbb aku pakai baju labuh paras lutut (tapi t-shirt cket la), seluar slack, tudung labuh… Ah! Aku dah mengantuk! Nak tidur!
Balik kolej pukul 1 pagi tak silap. Sbb aku tidur pukul 1.30 pg. Penat & mengantuk tak yah cerita la. Alhamdulillah, roomate aku semuanya nak bangun awal, seawal pukul 4 pagi, (kira ngam ngan sikap aku yang tak suka lengahkan masa), dan aku bangun pukul 3.59pagi. Hahahaha… Alhamdulillah seminit awal. (tapi diaorg marah aku kerana kejutkan diaorg pada pukul 3.59 pagi =[ ). Alhamdulillah nyenyak, walaupun kteorg tak pakai tilam, ada la sbbnya, & tidur atas lantai yang sejuk, tapi aku tidur nyenyak gak lah. Alhamdulillah, syukur, syukur. Pastu? Aku lah org terawal masuk bilik air, masa tu! Hahahaha! Best giler dapat mandi. Pakai shower la. Mmg aku mandi cm kat umah, lama. Sbb tak da org.. hehe. Pas puas mandi & dah siap pakai baju, baru lah kteorg pergi kejutkan kengkawan yg lain.. hehe..
Keyh! Sampai sini sahaja tinta pertama program Titian Gemilang 5, pada hari pertama, akan bersambung pada tinta yang kedua, ya? See ya~